Sunday, July 4, 2010

Jojo oh Jojo..


"Jojo! Jojo sihat ke ?"Inilah dialog yang sering diutarakan oleh pelajar-pelajar kelas kami apabila seorang jejaka datang ke kelas untuk mengambil sampah. Bagi kami, pembantu sekolah yang setia dengan tugasnya ini sangat istimewa. Walaupun luarannya bukanlah seperti seorang insan yang sempurna, tetapi bagi kami dalamannya lagi suci dari mereka. Hendaklah kita ingat pepatah Barat yang berbunyi "Don't judge a book by it's cover".Kami sebenarnya bukan apa, Jojo ni telah banyak menyumbangkan baktinya dengan membersihkan sampah-sarap di sekitar kawasan sekolah dan asrama . Oleh hal yang demikian, sekolah lebih tampak bersih dan ceria. Terima kasih ya Jojo !
Sempat lagi Jojo ber'posing' ye :)




Thursday, June 24, 2010

'SHUQRAN' Cikgu .

BAHASA MELAYU:
Puan Hajah Zarina bt Sheikh Mohd Amin

BAHASA INGGERIS:
Puan Norkiah bt Zainul

SEJARAH:
Puan Choo Lee Ling

MATHEMATICS:
Mr. Teng Tham Fong

SCIENCE:
Puan Rohana bt Wahid

AGAMA ISLAM:
Ustaz Zailani B. Daud

PERAKAUNAN PERNIAGAAN:
Puan Alina bt Sulaiman

APLIKASI KOMPUTER DALAM PERNIAGAAN:
Puan Noor Lelawati bt Md Zain

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah penat mengajar kami yang agak nakal ini selama 2 tahun. Kami sungguh terhutang budi dengan jasa cikgu2 semua dan insya-Allah kami akan memberikan pulangan yang lumayan. Arigato sekali lagi buat cikgu :)

Friday, June 11, 2010

Tentang Kami :)



Jalan-jalan ke Langkawi,
Sambil berjalan bergambar di jeti,
Nampak lembut tapi tegas sekali,
Itulah dia Haziq ketua kelas kami.

Bawa beg takde zip,
Habis sakit jari-jemari,
Bertugas sebagai 'assistant' Haziq,
Nur Diyana gelaran diberi.

Buah anggur,buah ceri,
Kalau makan, tak cukup sebiji,
Bukan Ah Long,bukan ceti,
Itulah Shalilah Bendahari kami.





Berbaju biru cantik dan kemas,
Menjaga disiplin setiap hari,
bukan 'guard' tapi pengawas,
Anna,Myra,Mazlin,Lily,Wanie.


BIODATA PELAJAR-PELAJAR LAIN
Nama: Siti Zhafirah bt Roslan
Tarikh Lahir : 5 November 1993
Ucapan: Orang yang berjaya adalah orang yang berdiri selepas kejayaan.

Nama: Ainol Nadhirah bt abdul Hadi
Tarikh lahir :17 Januari 1993
Ucapan : I Love You

Nama : Nur Amirah Hijriah bt Mohd Kassim
Tarikh lahir : 5 Julai 1993
Ucapan: Gud luck for SPM

Nama : Norkhaidah bt Ali
Tarikh lahir : 8 Mei 1993
Ucapan: Study makes perfect

Nama: Shazmira bt Samsudin
Tarikh lahir : 23 Januari 1993
Ucapan: Dont stop at the top, touch sky before you drop

Nama: Suhaida bt Basri
Tarikh Lahir:13 Mei 1993
Ucapan: Love study first before you love somebody

Nama: Putrie Amalina Bt Tajol Ariffin
Tarikh Lahir:7 September 1993
Ucapan: Sentiasa pandang kehadapan untuk menemui kejayaan yang ingin dikecapi

Nama: Raja Nur Ashikin bt Raja Shahriman
Tarikh lahir:4 November 1993
Ucapan: Kejayaan bukan sahaja kejayaan untuk di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat

Nama: Siti Nur Najiha bt Yazid
Tarikh lahir:29 Mei 1993
Ucapan:Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang

Nama: Siti Hatijah bt Ariffin
Tarikh lahir:12 Januari 1993
Ucapan:Sekali gagal bukan bermaksud gagal selama-lamanya

Nama: Wan Khairun Hamiza bt Wan Abd Rahman
Tarikh Lahir:14 JAnuari 1993
Ucapan: Study biar lepak, exam biar cool.
Keputusan biar gempak, famous satu 'School'

Nama: Intan Farhana bt Jamaluddin
Tarikh lahir:11 Jun 1993
Ucapan : Makes your parents proud of you.

Nama : Siti Nurita bt Mohd Lokman
Tarikh lahir:13 Januari 1993
Ucapan: Confident-booster=}

Nama: Nur Fatin Amalina bt Abd Malek
Tarikh Lahir:28 November 1993
Ucapan: I love you all. Sweet memory in VA

Nama: Shalilah bt A. Karim
Tarikh lahir:15 Ogos 1993
Ucapan: Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

Nama: Nurfarhana Amira bt Zohaimi
Tarikh Lahir: 1 Ogos 1993
ucapan: Be the best, beat the rest.

Nama: Mohd Nor Ashraf b. Norasdzley
Tarikh LAhir:13 September 1993
Ucapan: Be yourself.

Nama : Mohd Haziq Rizzuan b. Abdl Razak
Tarikh Lahir : 20 Februari1993
Ucapan : Nak susah bukan susah , nak senang bukan senang

Pasukan Kadet Polis 5PPN1

Ainol sedang melaporkan pasukan kadetnya .

Ini dia beberapa keping foto semasa Pertandingan Kawad Kaki Piala Ketua Polis Negeri Sembilan Peringkat Seremban di STAN pada 14.4.2010 yang lalu.. Menariknya,seramai 7 orang wakil pelajar 5PPN1 telah menyertai pertandingan ini dan diketuai oleh Ainol Nadhirah bt Abdul Hadi juga wakil dari kelas kami. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar 5PPN1 ini tidak kurang hebatnya berbanding dengan kelas-kelas lain dari segi penglibatan kokurikulum.Tahniah diucapkan!

Pelajar Cemerlang..



2 orang putera kelas kami telah berjaya merangkul 'title' pelajar cemerlang bagi ujian bulan Mac yg lepas .. Mereka ialah Muhd Arif Aizat dan Muhd Haziq Rizzuan . Tahniah kepada mereka kerana akhirnya berjaya menjejak kan kaki ke pentas sebagai pelajar cemerlang. Kami penghuni 5 PPN 1 amat berbangga dengan pencapaian yg diperoleh ini. Kepada rakan-rakan sekelas yg lain, kita pun mesti berusaha untuk ke pentas sebagai pelajar cemerlang ni. Bukan senang nak pakai jubah macam 2 .. Jadikan Anugerah Pelajar Cemerlang ni sebagai satu cabaran bagi kita untuk meraihnya .. "Usaha Tangga Kejayaan"

Tuesday, June 8, 2010

Pertandingan 3K kami sapu lagi ...

5S pun ada :)
Puan Choo bangga :)
Walaupun menang tempat ke-2, tapi ianya amat bermakna bagi kami penghuni kelas 5PPN1 ni.. 3 kali menang berturut-turut. Bukan senang nak kekalkan kedudukan ni. Betul tak ?? hehe .. Terima kasih kepada guru kelas (B) kami iaitu Puan Choo Lee Ling yang telah banyak membantu kami menceriakan kelas .. Dengan adanya akuarium mini dihadapan kelas, membuatkan kelas tampak menarik dari kelas2 lain..Kalau nak tengok dengan lebih real, jemputlah ke kelas kami. Pintu kelas sentiasa terbuka untuk anda semua. :)

Monday, June 7, 2010

Lahirnya generasi budiman...

Nama kelas 5PPN1 popular dalam kalangan guru-guru SMVA kerana lahirnya putera dan puteri budiman kelas kami . Mereka ialahIntan Farhana bt Jamaluddin dan Muhd Haziq Rizzuan . Tahniah kepada mereka . Dan yang lain2 tu jgn la mengharapkan org lain je naik pentas . Berusahalah utk menaikkan lagi nama kelas 5 PPN1 tak kira dari akademik mahupun kokurikulum ! chaiyok2 ! :)